BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

My Snow Heart

My Snow Heart
Hatiku yg rapuh seperti salju...yang boleh jadi sejuk dengan kebaikan dan ketenangan, dan boleh jadi panas dengan kemarahan dan kejahatan.

Wednesday, August 15, 2012

Hari Raya yg Bakal Menjelang Tiba 19 Ogos 2012

Assalamualaikum semua...apa khabar?? diharap anda semua sihat walafiat di samping keluarga tersayang.. Seperti post yg sebelum ni, dhia ada beritahu yang dhia takkan tulis blog lagi..tapi memandangkan musim cuti yang teramat lama..dhia isi la dengan menulis blog.. Cerita yang dhia ingin beritahu anda semua pada hari ini ialah mengenai sambutan Raya Aidilfitri.. Sudah menjadi kebiasaan kepada para emak membuat persiapan seperti menjahit/membeli baju raya,membuat/membeli kuih raya, shopping kasut raya dan makanan lain..hrmm...begitu juga dengan keluarga saya.. Alhamdulillah.. dengan limpahan rezeki yang diberikan...semuanya dapat disediakan... Dan pada hari ini kami sepatutnya pulang ke kampung Terengganu... Bercakap mengenai kampung... pasti tergambar di fikiran mengenai suasana yang aman lagi tenang..Deruan ombak yang ,memukul pantai...angin sepoi-sepoi bahasa...dan terdapat juga kambing sesat...selain itu, di kampung saya juga terdapat makanan yang pelbagai jenis..Bagi orang kurus memang sesuai sangat-sangat duduk di kampung..hehe... Erm...masa bergerak dengan pantas..sehingga kini keluarga saya masih belum bertolak lagi.. Destinasi pertama kami ialah ke Kuantan..orang kata..sambil menyelam...minum air.. sambil menziarahi kakak, abang ipar dan anak buah..sambil berehat semalaman untuk perjalanan ke kampung dengan lebih selamat dan selesa. Diharap kepada sesiapa yang terbaca post dhia di blog ni doakanlah semoga perjalanan kami sekeluarga selamat.. Akhir kata..ingatlah orang yang tersayang...pandu cermat...jiwa selamat... :)

0 comments: